Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Sebenarnya saya dah tengok filem ni pada hari Isnin lepas lagi..tapi baru sekarang saya nak bagi komen. so paham tak apa maksudnya? ha..ha..ha.. saya tahu, memang senang kritik daripada bikin filem, tapi apakan daya, memang sangat2 kecewa dengan filem ini.. Oh my~...saya tak suka kutuk-kutuk ni.. tapi sorrylah.. boleh kata 'Jauh Panggang Dari Api'.
Poster OMK
Saya bukanla peminat setia Sepahtu, tetapi saya suka lawak Shuib dan Jepp. Untuk filem ni ramai pelawak-pelawak yang gah namanya, seperti Abon, Didie Alias, Yassin, Wan Maimunah dan juga pengarah/pelakon Shamsul Yusof.. diadun dengan pelakon-pelakon baru. tapi hasilnya.... sangat kecewa. Permulaan yang agak baik, namun plot cerita bercelaru dan tidak diolah dengan baik. Pengakhiran seperti dibuat secara tergesa-gesa. Trailer dah bes, lawak Sepahtu memang menjadi.... tapi secara keseluruhannya, menghampakan. tula.. terlampau berharap sangat... haish...niat asal nak support filem-filem Malaysia.
Nurul Ain, Pengarah dan Heroin OMK
Sayang sekali barisan pelakon dah bagus, namun tidak diaplikasikan dengan baik. Saya faham ini adalah cubaan sulung Nurul Ain Nordin, jadi selepas ini diharap beliau dapat mempertingkatkan lagi hasil kualiti filem yang akan datang. Takdelah industri perfileman kita dimonopoli oleh pihak yang satu tu je.
P.S: Usaha Tangga Kejayaan!